Mood rajin mengupdate blog dah datang........hari ni Jumaat 15 April 2011....weekend di Dukhan....semenjak semalam Dukhan ditimpa hujan renyai-renyai membawa sehingga ke pagi ini....pagi ni alhamdulillah anak-anak pulak yang kejutkan mama dan papa bangun solat subuh....terima kasih wahai anak-anak....rupa-rupanya semalam dah dua tiga kali muqri dan apit terjaga dari tidur....tak boleh tidur nyenyak sebab mama dah tak bagi depa tidur dengan kakak...so takut agaknya sebab tu terjaga banyak kali.....
Semasa aku bersolat di bilik, terdengar suara kakak mengajar adik apit membaca Iqra....syukur padaMu Ya ALLAH.....anak-anakku sedemekian rupa.. 4.15 pagi.suasana yang sejuk di awal pagi ini membuatkan mahu saja aku terus tidur semula selepas bersolat,tapi mendengarkan suara anak-anak yang sedang membaca Al Quraan,aku malu pada diri sendiri....lalu aku menjenguk bilik anak perempuanku dan mendengar seketika mereka membaca Quraan....tapi dek kerana sejuknya suasana pagi ni mata ini tetap tak mampu bertahan....akhirnya berselimut juga aku atas katil...hehehe....
Hari ni aku cuma masak nasi tomato bersama ayam serai dan acar untuk makan tengahari....lama tak makan...sedappp tiada tandingnya...hahaha...Muqri sampai 3 kali tambah....cuaca hingga ke tengahari ni pun masih hujan renyai-renyai....pelik pulak sepatutnya sekarang dah start summer di sini...tapi hujan pulak yang datang.....hujan di negara-negara timur tengah memang sesuatu yang pelik.....emmmmm agaknya panas nanti mesti panas terik sangat....tak pa la ..tunggu dan lihat saja.....
No comments:
Post a Comment