About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Sunday, May 22, 2011

Anniversary


21 Mei 2011....HAPPY ANNIVERSARY

Emmmm...12 tahun melayari kehidupan rumahtangga....banyak fasa2 yang aku lalui...alhamdulillah rumahtangga yang dibina atas rasa cinta,kasih dan sayang antara aku dan hubby masih berkekalan sehingga ke hari ini dan semoga berterusan hingga akhir hayatku.....semakin bertambah usia perkahwinan semakin bertambah ujian mendatang.....namun kedewasaan membuatkan kita makin matang untuk mengatasi segala-galanya....

Tiada hadiah istimewa,tiada sejambak bunga, tiada sepotong kek apatah lagi sebiji kek untuk meraikan anniversary kami tahun ini...mungkin dek kerana masih menyesuaikan diri di bumi Qatar ini...terus melenyapkan perasaan nak sambut anniversary.....biarlah....

"Ya ALLAH.....aku mohon agar ikatan rumahtangga ini terus mekar dan dilimpahi dengan rasa kasih, sayang dan cinta......semoga ia akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayatku....dan mendapat keredhaanMU dunia dan akhirat...."

Buat suamiku...Maafkan isterimu ini yang masih belum sempurna......Happy anniversary.....

1 comment:

Yan Pelangi Jingga said...

Alhamdulillah ....seronok tgk kehidupan adik2 bahagia moga kekal hingga ke akhir hayat ya...