About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Thursday, November 22, 2007

Salji Dubai




Weekend di Abu Dhabi ni selalunya kalau tak kat Abu Dhabi aku dengan family mesti pergi Dubai la...mana lagi ini je yang paling dekat nak pergi pun.Last 2 weeks pun pergi Dubai juga.Kali ni pergi dengan Kak Nora 's family.Memang kami dah plan pun nak bawa anak-anak main salji kat Emirates Mall Dubai...anak-anak memang tak sabar-sabar la sepanjang perjalanan tu.Around pukul 9 pagi dah bertolak,pukul 10.30 macam tu dah sampai.sekejap ja dari Abu Dhabi ke Dubai ni. Breakfast dulu kat Emirates Mall.Lepas tu baru pergi main....yang tak bestnya budak kecik bawah dari 3 tahun tak boleh masuk, so apa lagi adik hafiz duduk dengan mama je la pusing-pusing dalam mall tu sementara menunggu papa,kakak,abang main salji.......mama memang kalau boleh tak nak masuk sebab sejuk sangat sejuk dalam mall tu pun kadang-kadang mama dah tak tahan,apa lagi sejuk main salji..Suhu kat dalam tu 3 degree celcius......sejuk tu...

Klasiknya Oman





Sapa-sapa yang nak tengok Oman,kuselitkan gambar-gambar koleksiku......




























Gambar-gambar ni masa kat Muscat....

Dia............

Abu Dhabi....16 November 2007

Dia berkata padaku......

"Kalau azrin belum dapat lagi apa yang azrin impikan, mahukan,percayalah,yakinlah Allah tahu azrin belum bersedia untuk memperolehinya....kalau azrin nak kembangkan lagi perniagaan azrin tapi masih tak berjaya lagi walau azrin dah berusaha,percaya dan yakinlah Allah tahu azrin belum cukup bersedia lagi...dalam hidup kita banyak perkara yang kita nak,sebab kita orang Islam kita mesti berdoa agar apa yang kita nak akan tercapai,tapi kalau kita berusaha pun sudah, berdoa pun sudah kita masih tak dapat jugak,jangan kecewa,jangan bersedih sebab itu bermakna kita tak percaya dengan takdir,jangan jemu...terus berusaha dan berdoa lagi,percaya dan yakinlah Allah tahu bila azrin dah cukup bersedia Allah pasti memakbulkannya.........Semuanya urusan Allah......kita mesti bersyukur"............

Dia tak pernah jemu menasihatiku sejak zaman remajaku hinggalah ke saat ini, tapi nasihat dia kali ini lain kurasakan,dari raut wajah dia petang ini aku nampak bersihnya hati dia,ikhlasnya hati dia...jangan tanya kenapa kerana inilah yang aku rasakan.....syukur Ya Allah kau beri dia dalam hidupku,syukur Ya Allah kau jadikan dia untukku...semoga hingga ke akhir hayatku aku akan bersama dengan dia dan semoga dia tak akan jemu denganku......Terima kasih buat dia...........SUAMIKU.........love u always.....

Asas Hotel Apartment


Part 2

Kat Oman kami sewa hotel apartment jugak la,senang sikit nak masak memasak ni.Hotel yang kami bermalam ni namanya Asas Oman Hotel Apartment. Kat hotel ni ada restaurant masakan Malaysia lagi, receptionist pun orang melayu. Nak bershoping kat sini pun aku tak berminat la sangat coz barang-barang kat sini hampir sama ja dengan kat Abu Dhabi and Dubai,harga lagi mahal pulak,so banyak menikmati view-view yang menarik ja la...

OMAN......aku datang lagi!!!!




Part 1





Rasanya macam mimpi,aku datang lagi ke bumi Oman,Tapi dulu aku tak sampai hingga ke Muscat so kali ni memang plan nak pergi sampai ke Muscat.Kali ni ahli keluarga dah bertambah,puteraku Nabil Hafiz…mama ingat abang dengan kakak saja akan sampai sini rupanya adik pun berpeluang juga…alhamdulillah rezeki Allah.This time our trip to Oman with two more families,Kak Nora’s family,Kak Jama’s family and the bachelor Yusman and Hanif. Actually dua orang ni bukanlah bachelor betul tapi sebab tak bawa family ke Abu Dhabi ni so aku sebut bachelor ja la. We depart from Casselles Hotel around 9.00 am on the second day of eid Mubarak. My family and Kak Nora’s family satu kereta.We rent Toyota Previa so boleh muat la dua family.As usual my hubby la yang drive. Hubby memang suka drive kalau pergi mana-mana,kalau tak drive dia mesti letih…
Unforgetable memory…masa berhenti kat betul-betul border nak masuk Oman,kami ni apa lagi asyik nak ambil gambar ja,sampai terlupa pulak undang-undang.Kat border situ pun sibuk nak bergambar. Sepatutnya bergambar kat border ni adalah dilarang sama sekali.Sorang pak arab imegresen dah datang tegur,minta kamera kami, nasib baik dia tak rampas terus,dia suruh delete ja gambar-gambar yang dah diambil kat situ.Nasib baik hubby boleh cakap arab sikit so pak arab ni pun tak lah “angin” dengan kami.Lagipun muslim sama. After 6 hours journey, we arrived Muscat.Muscat is totally different from what I’ve had imagined……. big,modern and metropolitan town….supposed to be la aku rasa coz Muscat is the capital of Oman.Tapi bila dah sampai di sini baru aku tahu,kat Muscat tak dak lah bangunan-bangunan tinggi,shoping mall yang besar-besar dan tak lah happening sangat.Tapi…Muscat ada identity yang tersendiri.Senibina bangunannya mostly bercirikan islamik.

Thursday, November 15, 2007

Eid Mubarak di Abu Dhabi






2005 aku dah pernah beraya di bumi Abu Dhabi ini..ingatkan itulah yang first and the last aku beraya di sini,rupa-rupanya telah tertulis aku kembali lagi di sini kembali menghabiskan ramadhan kareem di sini dan kembali ber 'eid mubarak'.Dalam penuh kerinduan kepada keluarga dan sanak saudara di Malaysia,juadah lebaran yang tiada tolok tandingnya,aidil fitri tetap disambut dengan penuh kesederhanaan...indahnya tetap terasa..kali ni aku ngan hubby masak nasi tomato,ayam masak merah,dalca untuk lebih kurang 20 orang makan......pagi beraya kat Casselles Hotel ni ja...petang ke Embassy

Casselles Hotel Apartment- Abu Dhabi



Sejak hari pertama 23 September 2007 sampai di Abu Dhabi ni,rumah sementaraku Casselles Hotel Apartment ni la..Last time 2005 kat Sheraton Suite Hotel Apartment tapi this time kat sini pulak. Hotel ni tk la sebest macam Sheraton Suite Hotel Apartment yang dulu tu,tapi ok la best jugak semua lengkap la jugak except tak ada swimming pool,so anak2 boring sikit la.tapi tak ada masalahnya sebab budak2 ni boleh create macam-macam permainan. Di sini life banyak yang berubah.Masa aku 24 jam hanya dengan anak2 dan suami.Before ni anak2 banyak maid yang urus,masak jarang sekali...tapi kat sini inilah duniaku.urus anak2,masak,keluar jalan-jalan...sometimes arghhhh.....boringnye......tapi bagus jugak sebenarnya tanpa aku sedari banyak dah resepi yang aku ciptakan...cukuplah untuk selera suami dan putera-puteriku.