About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Saturday, August 29, 2009

Plan nak raya

1. Aku plan nak beli baju raya anak2 bila papa depa dah balik, so bermakna lepas 14 Sept ni baru pi beli....(tapi baju melayu Muqri dan apiz rasanya kena pi beli awai sikit sebab nanti tak dk size...tapi tengok dulu la macam mana) Baru seronok sikit kalau dapat pi beli sama2 kan...

2. Aku plan nak buat kuih raya this year sebab anak2 nak sangat mama depa buat,so aku plan nak buat kuih makmor, biskut samperit dan dan cornflakes....

3. Aku plan nak beli balang kuih raya yang elok sikit this year sebab aku tak pernah ada lagi balang kuih yang cantik2 dan mahai sikit....(tapi tak tau la hubby setuju ka tidak...harap2 ok la)

4. Aku plan nak beli satu set pinggan makan,cawan semua yang baru sebab set pinggan makan yang aku ada dulu set putih semua sudah diangkut ke Dapur Bonda sebab guna untuk katering....yang tinggal kat rumah ni semua caca merba...(REASONABLE KAN...KAN...KAN)


Itu saja yang aku plan...yang lain2 tu tengok la nak jadi macam mana.... :))

Monday, August 24, 2009

Salam ramadhan...ramadhan kareem datang lagi

DAPUR BONDA
This year still the same mcm last year...Dapur Bonda tetap beroperasi di dua tempat satu di Medan Selera Darulaman dan satu di restoran itself. Bezanya tahun ini ada muka-muka baru di Dapur Bonda dan Medan Selera..seperti tahun lepas semua warga dapur bonda akan sama2 berbuka di dapur bonda.Seronok juga ramai-ramai ni dan yang pasti kami semua hari-hari 'jenuh' dengan makanan yang sedap-sedap. Yang bestnya tahun ni Zul supplier kuih kami letak kuih sama so lagi senang tak payah susah-susah nak cari kuih..

FAMILY
Sama seperti tahun yang lepas,hubby still kat Sudan,so dia berpuasa kat sana lagi...aku dan anak2 of course kat Malaysia la...actually sedih sangat2 aku rasa tapi apa nak buat kan.Nasib baik aku dok dekat dengan mak,abah dan adik-adikku so tak la terasa sangat.Tapi alhamdulillah hubby akan beraya bersama kami.14 sept insya Allah he will be back home...

ANAK-ANAKKU
Dina...dia pun dah besar,tahun ni dah darjah 3 so tak ada la masalah sangat bab posa ni...cuma solat...kena suruh juga,baca quraan pun kadang2 dia mau,kadang2 tak mau...letih..tapi tak pala pelan2 la.mama dia pun tak rajin sangat macammana anak dia nak rajinn kan...Sahur Dina pulak start dari first ramadhan dia akan makan roti canai segera cicah gula dan minum susu dutch lady ataupun dia makan koko crunh...nasi jangan suruh la dia tak akan sentuh time sahur ni...

Muqri...this year bukan lagi tahun pertama dia nak start berpuasa. Sejak dari umur 4 tahun lagi aku dah suruh dia berpuasa itupun kalau dia larat...dan alhamdulillah dia berjaya puasa selama 8 hari.Tahun lepas dia berjaya puasa hampir2 penuh.Dia cuma tinggal puasa 2 hari sahaja...ALHAMDULILLAH...ramai anak-anak kawanku yang seusia Muqri masih belum dapat mendidik anak2 mereka untuk berpuasa tambah2 lagi kalau anak lelaki...tapi bagi aku Muqri cukup senang tak payah dipaksa tapi dia sendiri yang berkeinginan untuk berpuasa..Alhamdulillah,moga2 dia terus menjadi anak yang baik....
Sahur pun agak senang dengan Muqri ni...dia pun macam kakak juga,makan yang simple2 saja yang pasti bukan nasi...senang mama(actually bukan mama sgt pun bibik yang sedia...:))

Hafiz...hehehe dia hari2 puasa...puasa yang yok pagi2 selok periuk...hahahaha...tak mungkin dia boleh puasa lagi dia baru 3 tahun....tapi time berbuka dia lagi kalut dari orang lain...

Apapun (buat pengetahuan papa) mama dan anak2 pasti merindui saat2 kami berpuasa di bumi Abu Dhabi.Saat2 mama kena masak hari2 kat sana,saat2 mama kena bangun siap sahur hari2 untuk kita semua dan segal-galanya di bumi Abu Dhabi... hanya di sana kita semua pernah merasai semua saat2 itu bersama2....

Monday, August 17, 2009

Musim Jual Tudung

Lama dah aku tak menjual koleksi pakaian wanita ni...tapi semenjak dua menjak ni sejak aku pakai tudung ala2 ariani ni ramai pulak yang dok tanya kat aku..cantik tudung,beli kat mana?Selalu sangat la aku terima soalan ni dari customer2 kat Dapur Bonda...Apalagi aku pun terusla start balik aktiviti menjual tudung ni...sebenaqnya bukan untung sgt pun sebab aku sendiri yang banyak juga membeli...nak buat macam mana dah suka kan....dalam masa dua hari ni aku dah juai 25 helai...hehehe...pandai juga buat sale dalam aku dok kalut2 buat katering...
Projek 2009

Susahnya nak mendisiplinkan diri untuk tulis blog aku ni...Dah berbulan aku tak updatekan...baru hari aku berkesempatan semula...Cerita apa ye????

Oooo... I know..biar aku ceritakan tentang projek2 catering 2009 ni kan. Alhamdulillah rezeki Allah bagi tak putus-putus dalam seminggu pasti ada katering kat office2 yang selalunya ambil "katering pakej" iaitu katering untuk 3 kali makan...pagi,tengahari dan petang dengan harga RM 15 per head.Selalunya menunya macam ni....

Pagi............. Bihun/Koteow/mee goreng , Kuih (1 jenis), Teh o/Teh panas
Tengahari... Nasi dan 4 jenis lauk , minuman, buah
Petang..........Kuih (2 jenis) , Teh o/ Teh panas

Harga ni complete dengan segala pinggan mangkuk dan perkakasan katering yang lain,siap dihantar dan diambil semula serta "disetting" di tempat tersebut.Pembayaran secara LO pun diterima...So sesiapa yang nak order boleh la contact I...(sekitar office di Alor Setar).Antara tempat2 yang selalu dan pernah order dari Dapur Bonda ni ialah Pejabat LHDN Alor Setar,Kedah Medical Centre,BERNAS Souq Al-Bukhary,Bank Rakyat,CIMB,Pejabat PKK dll.....

Katering kenduri kahwin...??...Walaupun tak banyak lagi tapi aku bersama team Dapur Bonda pernah la buat...pakej makan complete dengan khemah...kalau tak caya tengok la gambar2 ni..