About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Kareem 2010

23 Ogos 2010....13 Ramadhan 1431H

Sekejap saja,hari ni dah masuk hari ketiga belas umat Islam berpuasa.Alhamdulillah aku masih mampu menjalankan ibadah puasa ini sekali lagi...Tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu juga my hubby tak bersama...this year hubby di bumi Iraq...walaupun aku risau teramat risau keadaan hubby di sana,tapi aku redha juga dan kuserahkan kepadaNYA...hanya doa yang tak putus2 agar keselamatan hubby terjamin...

Anak2 pulak syukur alhamdulillah mereka dapat berpuasa seperti tahun-tahun lalu.Dina of course la dia dah darjah 4dah tak ada masalah...Muqri pun sama juga...hari2 mereka seperti hari-hari yang sama juga pergi sekolah pagi dan balik pukul 1.45 tgh...penat juga mama depa ni dok tengok,mana panas lagi,beg berat ...tapi alhamdulillah,tak ada sungutan pun yang mama dengar...tapi adik apit sampai hari ni pun satu hari puasa pun belum dapat...kalau nak compare dengan kakak dan abang...kalah la apit ni...kakak dan abg masa 4 thn dah boleh puasa juga...tapi tak pa,nanti2 boleh la tu kan...

Ramadhan kali ni lain sedikit rasanya..alhamdulillah mama dan anak2 boleh ke masjid berterawikh..Hari pertama muqri dan apit pun ikut,tapi masuk hari kedua dah tak ikut..panas katanya..lagipun susah jg mama nak bawa,sebab muqri nak sembahyang kat tempat lelaki susah la sapa pulak nak tolong tengok..mama suruh dia ikut wan,tapi dia takut sebab ada pengalaman dia hilang dari wan masa pi solat jumaat....

Bisnes pun macam tahun2 lepas juga,bezanya tahun ni bertambah satu lagi lokasi Dapur Bonda...di stadium Darulaman..Safwan manage di sana.So 3 tempat la restoran, medan selera dan stadium...Emmmm..tapi tahun ni rasanya orang purchasing power orang ramai tak sama macam tahun tahun lepas,tak rancak sangat orang membeli...namun alhamdulillah habis juga la kiranya jualan kami tetapi lambat sikit la habis...

Lebih kurang 17 hari lagi umat islam nak berpuasa,harapan aku agar aku akan terus kuat menjalankan ibadah ini,agar aku terus diberi kesihatan yang baik untuk terus berpuasa begitu juga dengan seluruh keluargaku...dan agar kami sekeluarga akan dapat juga bersama-sama bersahur,berbuka puasa dan bertarawikh bersama PAPA....Papa akan sampai 7 sept ni Insya Allah...dan yang penting agar ibadah ini diterima di sisi Allah.....