About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Thursday, April 21, 2011

Khamis 21 April 2011

BORINGGGGGG & BOSANNNNNNNNNN ............ itu yang aku rasa sekarang..... :(((((

Saturday, April 16, 2011

16 April 2011

'Ya Allah, ampunilah aku atas kesalahanku, kebodohanku, sikap berlebihanku dalam urusanku dan segala sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripada diriku. Ya Allah, ampunilah aku atas keterburu-buruanku, sendagurauku, kekeliruanku, kesengajaanku dan semuanya itu yang ada pada diriku ... Amin!

Friday, April 15, 2011

Jumaat 15 April 2011

Mood rajin mengupdate blog dah datang........hari ni Jumaat 15 April 2011....weekend di Dukhan....semenjak semalam Dukhan ditimpa hujan renyai-renyai membawa sehingga ke pagi ini....pagi ni alhamdulillah anak-anak pulak yang kejutkan mama dan papa bangun solat subuh....terima kasih wahai anak-anak....rupa-rupanya semalam dah dua tiga kali muqri dan apit terjaga dari tidur....tak boleh tidur nyenyak sebab mama dah tak bagi depa tidur dengan kakak...so takut agaknya sebab tu terjaga banyak kali.....

Semasa aku bersolat di bilik, terdengar suara kakak mengajar adik apit membaca Iqra....syukur padaMu Ya ALLAH.....anak-anakku sedemekian rupa.. 4.15 pagi.suasana yang sejuk di awal pagi ini membuatkan mahu saja aku terus tidur semula selepas bersolat,tapi mendengarkan suara anak-anak yang sedang membaca Al Quraan,aku malu pada diri sendiri....lalu aku menjenguk bilik anak perempuanku dan mendengar seketika mereka membaca Quraan....tapi dek kerana sejuknya suasana pagi ni mata ini tetap tak mampu bertahan....akhirnya berselimut juga aku atas katil...hehehe....

Hari ni aku cuma masak nasi tomato bersama ayam serai dan acar untuk makan tengahari....lama tak makan...sedappp tiada tandingnya...hahaha...Muqri sampai 3 kali tambah....cuaca hingga ke tengahari ni pun masih hujan renyai-renyai....pelik pulak sepatutnya sekarang dah start summer di sini...tapi hujan pulak yang datang.....hujan di negara-negara timur tengah memang sesuatu yang pelik.....emmmmm agaknya panas nanti mesti panas terik sangat....tak pa la ..tunggu dan lihat saja.....

Thursday, April 14, 2011

Hanya DIA Yang Maha Mengetahui........

Kenapa malas nak update blog ni padahal aku menghabiskan banyak masa di depan internet ni....emmmm....banyak nak cerita tapi idea nak menulis ni susah nak keluar pulak....

Lagi lima hari genap dua bulan aku berada di bumi Qatar....rentak hati ni sekejap rasa seronok sekejap rasa sedih.....aku rindu tanahair sendiri...rindu mak,abah,adik2,dapur bonda segal-galanya....tak lengkap rasa hidup ini.....so mood aku di sini pun selalu berubah-ubah...kadang-kadang rasa malas nak cakap dengan sesiapa pun kat sini.....tapi lain pulak anak-anakku...terlalu sukakan suasana baru ini...persekolahan yang baru........kalau boleh depa nak sekolah sini sampai habis....tolong lah wahai anak-anak...tak mungkin mama ni sanggup bertahan selama itu...tapi tak taulah....ketentuan ALLAH tak dapat ditolak...kita tunggu dan lihat saja......

Sebelum berhijrah ke sini doa aku tak pernah putus agar Allah berikan yang terbaik buat kami sekeluarga,permudahkan segala urusan kami yang serba baru di sini...dan alhamdulillah aku rasa doa aku sentiasa didengarNYA......sehingga hari ini doaku tak pernah putus....tak tahu apakah hikmahnya aku berada di sini.....namun aku tak akan pernah putus berdoa agar aku terus beroleh rasa bahagia untuk berada di Dukhan Al Jumelliyah,Qatar ini....