About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Kareem 2010

23 Ogos 2010....13 Ramadhan 1431H

Sekejap saja,hari ni dah masuk hari ketiga belas umat Islam berpuasa.Alhamdulillah aku masih mampu menjalankan ibadah puasa ini sekali lagi...Tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu juga my hubby tak bersama...this year hubby di bumi Iraq...walaupun aku risau teramat risau keadaan hubby di sana,tapi aku redha juga dan kuserahkan kepadaNYA...hanya doa yang tak putus2 agar keselamatan hubby terjamin...

Anak2 pulak syukur alhamdulillah mereka dapat berpuasa seperti tahun-tahun lalu.Dina of course la dia dah darjah 4dah tak ada masalah...Muqri pun sama juga...hari2 mereka seperti hari-hari yang sama juga pergi sekolah pagi dan balik pukul 1.45 tgh...penat juga mama depa ni dok tengok,mana panas lagi,beg berat ...tapi alhamdulillah,tak ada sungutan pun yang mama dengar...tapi adik apit sampai hari ni pun satu hari puasa pun belum dapat...kalau nak compare dengan kakak dan abang...kalah la apit ni...kakak dan abg masa 4 thn dah boleh puasa juga...tapi tak pa,nanti2 boleh la tu kan...

Ramadhan kali ni lain sedikit rasanya..alhamdulillah mama dan anak2 boleh ke masjid berterawikh..Hari pertama muqri dan apit pun ikut,tapi masuk hari kedua dah tak ikut..panas katanya..lagipun susah jg mama nak bawa,sebab muqri nak sembahyang kat tempat lelaki susah la sapa pulak nak tolong tengok..mama suruh dia ikut wan,tapi dia takut sebab ada pengalaman dia hilang dari wan masa pi solat jumaat....

Bisnes pun macam tahun2 lepas juga,bezanya tahun ni bertambah satu lagi lokasi Dapur Bonda...di stadium Darulaman..Safwan manage di sana.So 3 tempat la restoran, medan selera dan stadium...Emmmm..tapi tahun ni rasanya orang purchasing power orang ramai tak sama macam tahun tahun lepas,tak rancak sangat orang membeli...namun alhamdulillah habis juga la kiranya jualan kami tetapi lambat sikit la habis...

Lebih kurang 17 hari lagi umat islam nak berpuasa,harapan aku agar aku akan terus kuat menjalankan ibadah ini,agar aku terus diberi kesihatan yang baik untuk terus berpuasa begitu juga dengan seluruh keluargaku...dan agar kami sekeluarga akan dapat juga bersama-sama bersahur,berbuka puasa dan bertarawikh bersama PAPA....Papa akan sampai 7 sept ni Insya Allah...dan yang penting agar ibadah ini diterima di sisi Allah.....

Tuesday, March 2, 2010

My 34th Birthday

Tak ada satu hadiah pun yang aku terima dari sesiapapun sempena hari lahir yang ke 34 aku ni....tapi bukan maknanya tak ada seorang pun yang mengingatinya kerana...

.......seawal-awal pagi hubby dah wish kat aku,rasanya tahun ni tahun pertama hubby ada di sisi aku masa birthday aku ni...aku di kl bersamanya...
.......anak-anak pun tak lupa wish untuk aku,peluk cium dari mereka pun dah buat aku gembira
......smspun tak berhenti aku terima dari sahabat handai dan sanak-saudaraku...
......ucapan-ucapan dari kawan-kawan FB pun tak kurang hebatnya....
......adik-adikku(kandung dan bukan kandung..hehehe)siap menyanyikan lagu Happy Birthday live dalam phone jela...

Alhamdulillah...aku masih diberi ruang dan peluang dari Penciptaku untuk terus bernafas di bumi ini...alhamdulillah aku masih lagi berkesempatan untuk menikmati kasih sayang dari semua insan yang menyayangi aku...

Mulanya aku sedih juga sebab hubby tak bagi hadiah pun..bukan dia tak mau bagi,hubby siap offer nak bagi handbag yang harganya boleh tahan la...tapi aku tolak sebab aku tahu tak perlu hari lahir aku pun kalau aku minta mesti hubby akan bagi...so aku rasa tak perlu la kan...

Apapun aku bersyukur kerana aku masih lagi ada ruang dan berkesempatan untuk terus menjadi kekasih hati dia suamiku....hehehe...

Friday, January 15, 2010

Projek baru 2010

Alhamdulillah...tahun ni bertambah satu lagi projek baru untuk Dapur Bonda...kami dapat tender menjadi salah satu daripada panel caterer untuk Akademi Institut Latihan MARA (ILHAM) di Jawi...21st January ni start la projek ni...so minggu ni mingu paling busy for me,mak and other members of dapur bonda...semua preparation mesti dibuat..we really really hope for the best....insya Allah aku yakin the team will give the best......

New life

Januari 2010...

Sekolah bermula seperti tahun-tahun yang lepas..

Irdina puteri sulungku dah masuk darjah 4,cepatnya rasa another 2 years dia dah nak masuk secondary school...dina as usual masih tetap eager untuk masuk sekolah..persiapan baju sekolah,beg sekolah,kasut sekolah mesti kena beli juga every year...dina fashionable sikit,beg sekolah mesti nak ikut peredaran zaman...so mama pun beli la juga beg sekolah seperti yang dihajati....beg sekolah GIRLS,pencil case GIRLS...maka puas la hati puteriku..

Muqri puteraku...masuk darjah 1 tahun ni...bersekolah sama dengan sekolah kakaknya....alhamdulillah mama tak payah susah-susah nak pi sekolah masa first day tu..pagi mama dan papa hantar dia masuk kelas then terus balik.Time recess pun mama tak pergi tengok dah...dia yang tak mau...tapi apa nak risau,bab nak berbelanja duit dia dah pandai pun...lagipun anak mama bawa bekal ke sekolah...anyway mama memang proud habis sebab anak mama ni pandai berdikari...confident dengan sendiri...(tak macam anak orang lain yang kena tunggu kan..)

Hafiz dah masuk 4 tahun, so mama dan papa decide untuk hantar pergi tadika.Hafiz menyambung tradisi kakak dan abang yang bersekolah di Tadika Al Fathonah..I guess dia ok macam kakak dan abang,tapi mama silap....arghhhhh....dia menangis kat tadika...tapi mama tinggal juga....bila mama dan papa datang ambil balik, dia akan sambung nangis lagi....hihihi....lawak la pulak tengok gelagat apit ni...

Bila semua anak2 mama dah bersekolah tahun ni mama busy juga la di pagi2 hari....rutin harianku kini pun sangat padat dengan anak2 dan bisnes restoranku.....tapi selagi kudratku ini mampu,akan aku teruskan jua...

Wednesday, January 13, 2010

Kembali lagi aku ke dunia blogging ini....

Penatnya rasa life sekarang...kenapa life sebegini yang aku pilih?kadang2 aku menyesal,tp kupujuk hati agar percayalah,yakinlah ketentuan ALLAH ini jalan terbaik buat aku..kadang kadang aku meratapi percaturan hidup aku ini dulu hingga ke hari ini adalah atas telunjuk orang lain,aku terus -terusan patuh,akur dengan segala yang dimahukan.....biarlah.....hanya itu yang mampu....hanya doa yang aku panjatkan agar aku terus redha,bahagia dengan apa yang telah diaturkan untuk aku.....