About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Thursday, January 5, 2012

Anak dara mama....


Pejam celik pejam celik masa berlalu.....rupanya anak dara mama dah nak masuk umur 12 tahun....rasa macam baru lagi mama dapat baby yang mama dan papa namakan Nur Marha Irdina....

26 Disember 2011 pasti tarikh yang akan mama ingat selagi ingatan mama ni tajam...hehehe....mulai dari tarikh ini mama dan papa dah ada anak dara......huhuhu.....kejadian berlaku kat tempat best pulak tu...City Centre Doha....

Kakak, mulai dari tarikh ni kakak dah besar,dah jadi anak dara...kena berubah sikap...yang penting mama nak kakak jaga solat,bila solat dijaga insya Allah kita tahu menjaga diri dan akidah sebagai seorang muslimah .....semoga kakak membesar menjadi anak yang solehah indah budi pekerti,berjaya dunia akhirat.....selagi mama bernafas, selagi itu mama tak akan pernah lupa mendoakan kakak dan anak-anak mama yang lain, mama sayang semua..............

Wednesday, October 19, 2011

Dah balik.....

Assalamualaikum....
Tertangguh lagi blog ni.....tak dapat nak update selalu...malasnya ...

23 sept 2011...dah sampai semula ke qatar setelah 2 bulan balik bercuti ke Malaysia...alhamdulillah dapat bercuti panjang..semua urusan di tanahair selesai sudah,semua berjalan lancar...berpuasa,beraya dan urusan majlis perkahwinan safwan dan azah....alhamdulillah semoga ikatan perkahwinan azah dan safwan berkekalan berbahagia dan dilimpahi rahmat Allah swt....

Life di qatar still macam dulu juga..tapi kali ni kami dah kena pindah rumah baru...rumah yang lagi besar..alhamdulillah rezeki Allah....ya di tempat sendiri tidak berpeluang merasai rumah sebesar ini alihnya Allah tentukan di bumi anbiya ini rupanya rezeki kami...SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH....ALLAHU AKBAR....benarlah sesungguhnya nikmat Allah yang mana satukah yang mahu kami dustakan.....

Semenjak balik ke sini,hati aku makin tak sabar untuk mencapai satu tujuan,impian dan harapan agar aku dan keluarga dapat mengunjungi tanah haram....hati terlalu teruja untuk sampai ke masjid nabawi,masjidil haram......Ya Allah,kau permudahkan urusan ini....bantulah aku ,kau dengarlah Ya Allah....

Saturday, June 18, 2011

Cerita birthday APIT

Birthday APIT !!!!!.... 060611 apit dah 5 tahun ... sat ja masa....tahun ni sambut birthday apit kat Qatar..mama tak buat la party yang besar-besaran,kita cuma sambut birthday apit kat Dukhan Water Sport...agaknya mama masih susah nak sesuaikan diri kat sini so tak dak mood nak buat birthday apit....sorry ya sayang,next year insya Allah kita buat besar sikit birthday party apit,boleh panggil kawan-kawan apit,kakak dan abang.....

Apit potong kek

Sunday, May 22, 2011

Anniversary


21 Mei 2011....HAPPY ANNIVERSARY

Emmmm...12 tahun melayari kehidupan rumahtangga....banyak fasa2 yang aku lalui...alhamdulillah rumahtangga yang dibina atas rasa cinta,kasih dan sayang antara aku dan hubby masih berkekalan sehingga ke hari ini dan semoga berterusan hingga akhir hayatku.....semakin bertambah usia perkahwinan semakin bertambah ujian mendatang.....namun kedewasaan membuatkan kita makin matang untuk mengatasi segala-galanya....

Tiada hadiah istimewa,tiada sejambak bunga, tiada sepotong kek apatah lagi sebiji kek untuk meraikan anniversary kami tahun ini...mungkin dek kerana masih menyesuaikan diri di bumi Qatar ini...terus melenyapkan perasaan nak sambut anniversary.....biarlah....

"Ya ALLAH.....aku mohon agar ikatan rumahtangga ini terus mekar dan dilimpahi dengan rasa kasih, sayang dan cinta......semoga ia akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayatku....dan mendapat keredhaanMU dunia dan akhirat...."

Buat suamiku...Maafkan isterimu ini yang masih belum sempurna......Happy anniversary.....

Saturday, May 7, 2011

Pictures tell the story....CRABBING










Geng-geng nak pi crabbing...berkumpul tunggu bagi cukup korum lagi


Crabbing

28 April 2011....

Duduk sini dengaq ceritanya orang pergi crabbing time musim sejuk,tapi kami nak pi ni tak la sejuk dah pun,tapi belum la panas sangat....katanya kalau musim sejuk baru banyak ketam,tapi tak kisah la semua geng yang nak pi kali ni gamble ja,kalau ada,ada la...kalau tak dak tak pa la kan....so kami pun bertolak la ke pantai tu dalam pukul 4.00 petang....8 buah kereta juga lah.....sampai kat sana dekat2 nak maghrib dah...so semua solatdulu then bila dah malam mula la start crabbing ni....tak dapat banyak pun sebab maybe bukan musim kan....tapi tak pa la enjoyyyyyy.....tapi frust juga sebab ada pula la polis datang check....ada juga barang-barang yang dirampas....tak tau la pasai pa....tapi polis2 tu kata day ok,night cannot....entah la...tak payah bising-bising ikut ja la....tapi alhamdulillah barangan kami tak dirampas.....

Helper Sri Lanka....

EMMMHH......dah berminggu tak update blog....kenapa ya....rasa macam banyak masa aku kat sini,tapi tak sempat2 juga....masa berjalan terlalu pantas juga rasanya....sibuk mengadap kerja rumah sehari-hari.....kerja-kerja rumah yang tak pernah berhenti-henti.....kadang-kadang teringat pulak masa dok kat Malaysia,semua kerja rumah bibik yang buat,semua arah ja bibik...tapi sekarang arah diri sendiri la....apa nak buat kan.....yang paling aku tak tahan nak kena iron baju....adoiiiiii.....baju apa lah yang banyak sangat.....berbukit-bukit kalau tak di iron....

tapi semenjak minggu lepas kerja rumah semakin ringan sikit,mr hubby dah dapatkan orang datang mengemas rumah seminggu dua kali.....mula-mula rasa bersalah pulak,sebab rasanya aku macam jadi "mem" besar sangat....dok rumah saja pun ada orang datang kemas dan iron baju...beriya aku cakap kat hubby tak payah ambik,sebab really2 aku rasa bersalah sangat.....hubby cakap bila dok buat bising sangat kata banyak kerja....bila dah ambik orang kata tak mau pulak...last2 hubby cakap tak pa la dah janji,kesian juga kat orang tu,boleh tolong orang tu tambah pendapatan sama....dok kat sini macam tu ja la cara nak sedekah kat orang.....so aku pun setuju la.....tak pa la kan,rezeki orang tu dan rezeki aku juga........oooo...orang yang datang kemas ni orang lelaki dari Sri Lanka...sebenaqnya aku tak selesa sangat,tapi sebab dia akan datang time 3.30 ptg so tak pa la sikit sebab hubby ada kat rumah time tu.....