About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Wednesday, December 12, 2007

Makam Imam Syafie...

di Makam Imam Syafie.......


1 Disember 2007...

Makam Imam Syafie salah satu lagi tempat yang sempat aku lawati di Cairo. Sebagai pengikut mazhab Imam Syafie dah tentu aku teringin mengunjungi makam Imam Syafie. Dalam kotak fikiran ini mula teringat kembali ajaran ustaz sekolah.Imam Syafie memang terkenal dengan ajaran islam yang cukup teliti dan halusi jika dibandingkan dengan Imam-imam lain. Faktor kebersihan amatlah dititikberatkan......



Sampai di makam ini waktu dah pun masuk asar,jadi kami pun kenalah bersolat jama' di sini. Terkejut aku dengan penduduk di sini...sekitar masjid ini penuh peminta-peminta sedekah beragama Islam.Tapi kami dah dipesan oleh Ustaz Muiz jangan hiraukan peminta-peminta sedekah ini.Jika kita hulurkan kepada seorang maka datang lagilah peminta-peminta sedekah yang lain.....Tandas dan tempat nak berwudhuk kat masjid ni pun Masya Allah......jenuh jugalah kami nak menahan aroma busuknya....Melangkah kaki masuk ke masjid ini aku masih lagi terkejut,apa taknya ada lagi orang yang meminta sedekah dalam sana tu,dari segi fizikal tak ada masalah pun mereka ni...nampak macam saja malas nak kerja....Kubiarkan mereka ini.....yang penting hatiku mahu mengunjungi Makam Imam Syafie....aku bersolat betul-betul berhadapan dengan makam.Makam berada betul-betul di tengah masjid....puteriku Dina bersolat dalam ketakutan sebab ada peminta sedekah kanak-kanak yang datang membelek-belek telekung kami ketika kami sembahyang.Kejutan budaya sungguh.......terlintas di fikiranku kenapa tak terjaga keadaan di sini....Melangkah keluar dari masjid sekali lagi anak-anakku ketakutan. Botol air mineral yang dipegang mereka pun diminta-minta oleh peminta-peminta sedekah yang kanak-kanak. Bukan sekadar meminta, siap meronta-ronta tangan lagi.......Kesmpitan hidupkah yang menjadikan mereka sebegini??????..........

Pengalaman di Cairo sebenarnya banyak membuatkan aku terkedu.....kembali berfikir,kenapa dan mengapa...

Tuesday, December 4, 2007

Cairo.......Kaherah





















bergambar dengan family Kak Nora



1 Disember 2007....4.30 pagi.
Cuaca pagi ni sejuk sekali. Laungan azan subuh dah pun berkumandang. Kalau tak kerana nak berjalan ke Cairo, aku pun mesti lagi enak dibuai mimpi.Sesudah aku membersihkan diri dan bersolat Subuh suaraku mulalah kedengaran....apalagi sibuk membangunkan putera-puteriku dan juga suamiku....dek kerana cuaca yang sejuk,tiupan angin dari Laut Mediterranean yang betul-betul berhadapan dengan bilik hotel ini sukar bagi putera-puteriku untuk meninggalkan tilam yang empuk itu.Hah.....aku tahu macam mana nak kejutkan putera-puteriku ini supaya cepat bangun. Dina dan Muqri memang tak sabar-sabar lagi nak tengok piramid firaun ni. Sejak di Abu Dhabi lagi dok bertanya itu dan ini pasal piramid ni so mama pun tahulah ayat apa nak guna nak kejutkan putera dan puteriku ini...."Sapa nak tengok kuboq (kubur) firaun kena bangun cepat,kalau lambat ustaz tak bawa"......maka bangunlah Dina dan Muqri. Adik Hafiz still tak bangun juga.



Kami bertolak dari hotel jam 6.45 pagi.hari dah cerah masa ni. Perjalanan dari Alexandria ke Cairo mengambil masa lebih kurang tiga jam. Separuh perjalanan kami singgah di hentian RNR la untuk breakfast. Cuaca sejukkkk sangat. Agaknya sebab tengah-tengah padang pasir kan. Aku memang tak tahan sikit dengan cuaca sejuk ni.Kat sini kami terjumpa la pulak rombongan orang melayu dari Malaysia.Mereka dari Cairo nak ke Alexandria. Selepas satu setengah jam menyambungkan perjalanan akhirnya sampailah di Cairo. Hatiku terasa resah melihatkan bandar Cairo. Apa taknya bandar Cairo aku gambarkan sebagai bandar yang sesak, berdebu dan padat. Penduduknya terlalu ramai perumpamaannya jumlah semua penduduk Cairo ini adalah jumlah semua rakyat Malaysia....(apa yang diberitahu oleh Ustaz Muiz,tourist guide kami la juga)...bayangkan....Tempat pertama yang kami lawati di Cairo pastinya piramid. Dalam tengah-tengah kesesakan bandar Cairo kelihatan banyak piramid-piramid.Menakjubkan.Putera-puteriku mulalah tak sabar-sabar lagi. Akhirnya sampailah kami. Ramai pelancong-pelancong asing juga kat sini. Melihatkan ketinggian piramid-piramid di sini membuatkan hati terasa takjub,macam manalah si Firaun ni memperhambakan hamba-hamba abdi dia untuk membina piramid ni.Ada tiga buah piramid yang besar.Yang lain tu kecil-kecil ja.Luas kawasan piramid ni.Aku dan suami serta anak-anak apa lagi posing habis la kat piramid ni,macam-macam posing la....bukan senang nak sampai sini tengok keajaiban dunia ni....tapi aku tak dapat nak selitkan gambar-gambar tu sebab hubby dah terdelete semua gambar yang diambil kat piramid ni.Kami satu family sedih sangat.Gambar-gambar yang ada ni pun kukutip dari kamera Kak Nora.Thank you very much Kak Nora.I luv u....Firaun memang kejam,sampaikan gambar-gambar kami pun dihapuskannya...hahaha!!!!!...tapi tak apa biarlah memori ini tidak tersimpan di kepingan-kepingan gambar koleksiku,tapi akan tersimpan di ruang ingatanku....telah kubuangkan rasa kecewa ini semasa ku susuri hamparan luas Sungai Nil.hehehe....buat suamiku 'don't ever delete a photo from camera again,we delete kat dalam komputer ja kalau gambar tak elok'.



One thing about Egypt ni memang betul orang cakap orang sini suka menipu.Memang pun.Kat Cairo la paling teruk sekali,di Alexandria aku masih merasakan orang-orangnya berbudi bahasa dan baik hati lagi.Buktinya kami minum jus kat satu kedai kat Alexandria tu si mamat driver tourist van kami tu yang belanja minum.He was very nice.Mustafa namanya.I will always remember him as a role model of egyption Alexandria.Masa kami kat Masjid Nabi Daniel pulak ada upacara akad nikah.Mereka pun very nice ajak kami join perarakan mereka lepas akad nikah kat masjid tu.Mereka ni lepas akad nikah dalam masjid tu kat luar siap berkompang-kompang menari.Adik Hafiz pun berjoget jugak la malam tu.

Alexandria.....secantik namanya















Laut Mediterranean Alexandria...mama dan anak-anak
sibuk bergaya


Pintu gerbang istana Raja Farook.....





30 November 2007...akhirnya tibalah tarikh yang amat dinanti-nantikan putera-puteriku.Saban hari mereka menghitung tarikh ini kerana papa mereka dah berjanji week end kali ni bukan lagi di Abu Dhabi dan bukan lagi di Dubai....papa dah arranged semuanya untuk bercuti ke Alexandria,Egypt.....Thank you papa!!...Alhamdulillah rezeki Allah kami sampai ke sini....Actually Dina dengan Muqri tak sabar sangat sebab percutian kali ni ada member sama....Sabrina dan Kak Atin. Best la nak duduk atas flight empat orang mereka....

30 Nov 2007,4.30 pagi..... kami dah bertolak dari Abu Dhabi ke Dubai airport,itu pun ngam-ngam saja sampai kat sana traffic jam...Flight pukul 9.15 pagi,tapi delay pulak hampir sejam. Selepas tiga jam perjalanan kami di sampai di airpot Alexandria.Kecil ja airport ni macam airport Kepala Batas Alor Setar yang lama tu.Actually airport ni kawasan military punya dulu.Papa dah arranged dengan tourist guide kat sana,actually student Malaysia Ustaz Shamsol.Dari airport kami terus ke Sheraton Montazah Hotel. Jauh juga dari airport lebih kurang satu jam setengah.

Alexandria......Bandar Iskandariah.....secantik namanya seindah itulah bandarnya.Hatiku terpaut dengan keindahan bumi Alexandria....Saujana mata memandang Laut Mediterranean,keindahan senibina bangunannya hati sesiapa pun pasti terpaut.......Berada di sana membuatkan diri ini kembali mengenangkan sejarah Islam yang lampau...Kami sempat menziarahi Makam Nabi Daniel dan juga Luqman Nulhakim.Terharu aku seketika...sebelum ini hanya ku tahu surah Luqman Nulhakim,tapi hari ini aku berpeluang menziarahi pusaranya....Hanya sekadar Al Fatihah kuhadiahkan ....

Istana Raja Farook juga sempat kami lawati....aahhh........indahnya istana ini,pintu gerbangnya sahaja 'gah tersergam' sudah cukup memberi gambaran peribadi Raja Farook.Raja Farook raja Mesir yang cukup terkenal kisahnya bersama gundik-gundiknya....kata tourist guide kami....perumpamaan untuk bilangan gundik Raja Farook ni adalah sebanyak mana bilangan buah kurma yang ada di dalam kawasan istana Raja Farook.......aduh...tak terbilang!!!!!patutlah akhirnya Raja Farook ni digulingkan sendiri oleh rakyatnya....

Walaupun agak keletihan kami berjalan juga malam hari yang sampai ni. Kena jalan la juga kalau tak memang tak sempat melawat macam-macam. Malam di Alexandria sungguh meriah...orang tempatan kat sana memang suka keluar malam berhibur dan berlibur.penuh orang melepak-lepak tepi pantai lah,tepi jalan lah, rata-rata penuh dengan orang. Tapi kat sini public transportnya teruk la,teksi kat sini stail kat Malaysia zaman 60-an dulu.One thing kat sini tak boleh cari traffic lights sebab memang tak ada pun,polis saja yang jaga.Nak melintas kat sini memang kena cekap habis,main celah -mencelah saja..Food sedap kat sini tapi paling best jus la sedap giler,kaw habis.....Siapa yang datang sini tak menikmati jus rugilah.....