About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Tuesday, December 4, 2007

Cairo.......Kaherah





















bergambar dengan family Kak Nora



1 Disember 2007....4.30 pagi.
Cuaca pagi ni sejuk sekali. Laungan azan subuh dah pun berkumandang. Kalau tak kerana nak berjalan ke Cairo, aku pun mesti lagi enak dibuai mimpi.Sesudah aku membersihkan diri dan bersolat Subuh suaraku mulalah kedengaran....apalagi sibuk membangunkan putera-puteriku dan juga suamiku....dek kerana cuaca yang sejuk,tiupan angin dari Laut Mediterranean yang betul-betul berhadapan dengan bilik hotel ini sukar bagi putera-puteriku untuk meninggalkan tilam yang empuk itu.Hah.....aku tahu macam mana nak kejutkan putera-puteriku ini supaya cepat bangun. Dina dan Muqri memang tak sabar-sabar lagi nak tengok piramid firaun ni. Sejak di Abu Dhabi lagi dok bertanya itu dan ini pasal piramid ni so mama pun tahulah ayat apa nak guna nak kejutkan putera dan puteriku ini...."Sapa nak tengok kuboq (kubur) firaun kena bangun cepat,kalau lambat ustaz tak bawa"......maka bangunlah Dina dan Muqri. Adik Hafiz still tak bangun juga.



Kami bertolak dari hotel jam 6.45 pagi.hari dah cerah masa ni. Perjalanan dari Alexandria ke Cairo mengambil masa lebih kurang tiga jam. Separuh perjalanan kami singgah di hentian RNR la untuk breakfast. Cuaca sejukkkk sangat. Agaknya sebab tengah-tengah padang pasir kan. Aku memang tak tahan sikit dengan cuaca sejuk ni.Kat sini kami terjumpa la pulak rombongan orang melayu dari Malaysia.Mereka dari Cairo nak ke Alexandria. Selepas satu setengah jam menyambungkan perjalanan akhirnya sampailah di Cairo. Hatiku terasa resah melihatkan bandar Cairo. Apa taknya bandar Cairo aku gambarkan sebagai bandar yang sesak, berdebu dan padat. Penduduknya terlalu ramai perumpamaannya jumlah semua penduduk Cairo ini adalah jumlah semua rakyat Malaysia....(apa yang diberitahu oleh Ustaz Muiz,tourist guide kami la juga)...bayangkan....Tempat pertama yang kami lawati di Cairo pastinya piramid. Dalam tengah-tengah kesesakan bandar Cairo kelihatan banyak piramid-piramid.Menakjubkan.Putera-puteriku mulalah tak sabar-sabar lagi. Akhirnya sampailah kami. Ramai pelancong-pelancong asing juga kat sini. Melihatkan ketinggian piramid-piramid di sini membuatkan hati terasa takjub,macam manalah si Firaun ni memperhambakan hamba-hamba abdi dia untuk membina piramid ni.Ada tiga buah piramid yang besar.Yang lain tu kecil-kecil ja.Luas kawasan piramid ni.Aku dan suami serta anak-anak apa lagi posing habis la kat piramid ni,macam-macam posing la....bukan senang nak sampai sini tengok keajaiban dunia ni....tapi aku tak dapat nak selitkan gambar-gambar tu sebab hubby dah terdelete semua gambar yang diambil kat piramid ni.Kami satu family sedih sangat.Gambar-gambar yang ada ni pun kukutip dari kamera Kak Nora.Thank you very much Kak Nora.I luv u....Firaun memang kejam,sampaikan gambar-gambar kami pun dihapuskannya...hahaha!!!!!...tapi tak apa biarlah memori ini tidak tersimpan di kepingan-kepingan gambar koleksiku,tapi akan tersimpan di ruang ingatanku....telah kubuangkan rasa kecewa ini semasa ku susuri hamparan luas Sungai Nil.hehehe....buat suamiku 'don't ever delete a photo from camera again,we delete kat dalam komputer ja kalau gambar tak elok'.



One thing about Egypt ni memang betul orang cakap orang sini suka menipu.Memang pun.Kat Cairo la paling teruk sekali,di Alexandria aku masih merasakan orang-orangnya berbudi bahasa dan baik hati lagi.Buktinya kami minum jus kat satu kedai kat Alexandria tu si mamat driver tourist van kami tu yang belanja minum.He was very nice.Mustafa namanya.I will always remember him as a role model of egyption Alexandria.Masa kami kat Masjid Nabi Daniel pulak ada upacara akad nikah.Mereka pun very nice ajak kami join perarakan mereka lepas akad nikah kat masjid tu.Mereka ni lepas akad nikah dalam masjid tu kat luar siap berkompang-kompang menari.Adik Hafiz pun berjoget jugak la malam tu.

4 comments:

liadevega said...

Assalamualaikum...Haluuu Ya Sahabat!
Good to see you here! Rajin2lah update cerita dari Tanah Arab ya... Bila nak balik Mesia ni....?

Sheik said...

fuuhhh... aku rasa macam baca novel kumpulan karangkraf!

azrin said...

Waalaikumsalam......dah nak balik 15 dec ni

azrin said...

sheikh....kena rajin-rajin lagi baca novel kumpulan karangkraf ni...lepas ni lagi ummphhh...hahaha!!!