About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Tuesday, February 19, 2008

19 Februari 2008


Sayang,
Ingatan selalunya berselindung di sebalik keikhlasan.Adakalanya ia timbul di permukaan kasih,ada ketikanya ia tenggelam di dasar kerinduan.Di mana pun ia......menyintaimu satu kepastian......"HAPPY BIRTHDAY"
Sejambak bunga,sekeping kad dan sekotak coklat yang aku terima kelmarin menjadikan aku sebak dan terkedu buat seketika.....cuba kutahan agar tiada tangisan seiring dengan perasaan ini,namun aku tak terdaya,titisan airmata berderai juga.Titisan airmata yang penuh kegembiraan,keterharuan dan penuh kerinduan........dari seorang isteri kepada suaminya....miss u honey.....tq very much
19 Februari semalam birthday aku.dah masuk 32 tahun.Usia wanita matang la kiranya ni.Matang ka aku?Semalam memang hari yang cukup mengejutkan aku,di saat aku tengah sibuk mengecat kedai baru yang aku kena pindah ni,ada la pulak seorang lelaki berbangsa cina datang membawa sejambak bunga dan sekotak coklat Fer.....ke kedai mencari-cari lot kedai L2c-8.Bunga untuk aku.Dalam fikiran aku masa tu silap agaknya ataupun siapalah pulak customer aku yang hantar bunga sempena kedai baru ni,tapi bila tengok kad tulis sayang pulak. Takkan la hubby coz sebelum ni tak pernah pun, lagi pula hubby kat Abu Dhabi. Aku tanya cina tu siapa pengirim ni,dia pun tak tahu sebab katanya order ni from internet. Last week dia terima order ni. So aku yakin la ini surprised from hubby..Hehehe...romantikkkknye....Tapi if my hubby tak bagi bunga atau coklat pun dia memang romantik juga bagi aku.Aku tahu la kan aku isteri dia....menyintaimu satu kepastian...pasti untuk aku dan pasti untuk hubby.

No comments: