About Me

My photo
seorang anak perempuan, kakak, isteri,ibu dan businesswomen yang sedang mencari dan pasti terus mencari kejayaan demi kejayaan berkat doa, restu dan bimbingan keluarga especially my beloved hubby......dan tunggak utamanya ku cari keredhaan Allah swt....

Tuesday, March 15, 2011

Dukhan English School...the new school for my kids.





16 Mac 2011......

Emmmm...alhamdulillah syukur padamu ya Allah...hari ni anak2 dah start bersekolah di Dukhan ni...so their life sekarang lebih bermakna la kan..ada aktiviti...tinggal mama punya life saja yang perlu dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti sampingan agar mama tak lah tension asyik kena buat kerja rumah ja...

Pagi ni mama dan papa hantar anak-anak ke sekolah...untuk first day ni saja la kan...esok start naik bas sekolah la.....seperti biasa mama yang paling ketaq...tapi mama tak tunjuk la kat anak-anak...hehehe...kakak dan muqri pun ketaq juga...tadi lepas solat subuh kakak tak boleh nak bangun sakit kat dada..mama tau itu petanda nervous la tu...tp sat ja..lepas tu kakak ok la...

Kat sini hari-hari kena bawa bekal makanan sebab tak ada kantin...so pagi ni mama pun siapkan anak-anak mama bekal...nasi goreng,roti telur satu keping,sebiji pisang dan sebotol air oren...emmm banyak kan..memang la..kat sini ada banyak kali break..apit
ada 2 kali ,kakak dan muqri ada 3 kali...kat sini cikgu amat menitikberatkan the healthy food...tak boleh bawa coklat,keropok semua tu...so very morning mama has to cook something la kan...

Kakak sekarang dalam kelas 6SC under Mrs ...kat Malaysia kiranya macam darjah enam la...kakak mama tak risau sangat sebab dah besar...lagipun semalam masa pergi interview mama tengok kakak boleh communicate dengan cikgu quite good...

Muqri pulak sekarang dalam kelas 3zz under Mr Khan...setahun advance juga dari Malaysia...tak tau la dik muqri...boleh ke tak.....tapi mama akan doa semoga anak-anak mama semua boleh menghadapi pelajaran kat sini....

Apit kat sini masuk kelas RAJ reception under Mrs Jones....mama paling takut masa hantar apit sebab takut apit menangis tak mau sekolah macam kat Tadika Al Fathonah dulu....tapi mama silap...apit pandaiiiii sangat...masuk kelas ok ja kan....sikit pun apit tak nangis....lega mama...sat ja mama dan papa tunggu apit kat luar kelas tu.....bila mama tengok apit boleh sesuaikan diri then mama terus balik la.....good boy anak mama......

Kat sini ada bas sekolah yang datang ambil dan hantar balik...so everyday anak-anak mama semua pergi sekolah dengan bas...pagi bas akan datang dalam pukul 6.50 pagi...balik pula apit awal dari kakak dan abang 12.35 dah sampai balik...kakak dan abang dalam pukul 1.30 tghri baru sampai rumah....mama kat sini tak yah jadi driver dah pergi dan ambil anak-anak sekolah...now i really miss the driver's life to my kids very much....

Monday, March 14, 2011

Hai...pejam celik pejam celik dah nak dekat sebulan aku kat sini.....tapi sampai hari ni kami masih tak ada kereta...kena tumpang orang saja la...ini yang buat aku tensionnnnn !!!! ......nak gerak sikit pun nak kena tunggu orang...kat kawasan rumah ni pula bukan ada kedai dekat-dekat nak boleh pi....semua nak kena guna kenderaan la juga.....

Anak-anak pun stil tak masuk sekolah....tapi alhamdulillah tadi hubby call katanya esok budak-budak ni nak kena pergi sekolah dah untuk sessi macam interview juga la...harap-harap semua berjalan lancar....

Berita baik juga untuk hari ni....Internationa Driving License yang kami tunggu-tunggu ni dah sampai kat pejabat pos Dukhan...so insya Allah dalam minggu ni juga kami dah boleh sewa kereta...so apalagi hoooreeeeyyyyyyyy!!!!!!!! lega rasa hati ni....

Lepas ni aku harap life kami akan lebih ceria di sini...insya Allah...aku mohon padaMu...berikan aku rasa sabar,tenang dan ceria untuk meneruskan kehidupanku di muka bumiMu ini ya ALLAH....... BE POSITIVE AZRINA!!!!

emmmm..that's all for today..... :)

Wednesday, March 2, 2011







Teratak singgahan......

Emmmmm...alhamdulillah..dah masuk rumah tak payah dok hotel lama-lama dan paling lega tak payah tumpang rumah orang....

Rumah kami masuk ni boleh dikatakan fully furnished la...nanti bila hubby dah confirm maybe another 3 months,maka perabot-perabot yang ada yang mana boleh dipindahkan akan dikeluarkan dari rumah ni,hubby akan dapat elaun untuk membeli perabot pula....emmm ???berapa????

So inilah rumah kami sekarang........

sekitar pemandangan di DOHA



dah nak check out dari hotel time ni....


DUKHAN kami jejaki....
21 Februari 2011...

Hari ni ingatkan boleh lagi aku nak berjalan-jalan sekitar Doha...rupa-rupanya dah tak sempat...dapat arahan supaya kami semuanya kena check out dari hotel dan akan diambil oleh driver QP untuk terus berpindah ke Dukhan....bandar akan kami diami selama papa bertugas dengan Qatar Petroleum ini...

From Doha to Dukhan it takes around 45 minutes...dalam hati aku masa on the way tu...surprised saja aku rasakan... nak tengok macm mana la bandar ini...dari cerita Kak Nora kenalan aku,bandar ni sungguh tenang...sesuai la untuk anak-anak nak membesar di sini...di dukhan ni mostly orangnya adalah staff dengan QP....nak masuk ke sini kena ada resident pass...kat dalam ni semua kemudahan ada la....semua kemudahan yang ada kat sini mcm cinema,swimming pool dan lain-lain tu boleh guna free ja la bila dah jadi senior staff kat sini....

Menjejaki sahaja "pak guard" untuk masuk ke kawasan QP tu memang betul seperti apa yang kak nora dan suamiku ceritakan...suasana tenang,rumah-rumah banglo,apartment dan bangunan-bangunan kat sini tersusun rapi....First place kami dibawa ke office....nasib baik hubby ja masuk,aku dan anak-anak tunggu ja dalam kereta....disebabkan time kami sampai tu dah nak dekat lunch hour...11.30pg...so hubby pun tak dapat la nak berurusan...kena tunggu lepas lunch hour la pulak...tapi kat sini sekejap ja lunch hour tu sampai pukul 12 tghri ja....alhamdulillah kami dah ada kenalan di sini MR Afandi dan isterinya Kak Nora tu la...so kami pun transit sekejap di rumah kak nora...

Dan akhirnya hari ni on the 21st February 2011 kami mendapat apartment untuk didiami...syukur alhamdulillah.....sebenarnya sementara juga untuk satu malam sebab keesokan paginya kami berpindah ke rumah di ground floor....alhamdulillah..rumah ni comlete la dengan segala perabot-perabotnya dan perkakasan lain,cuma tv ja tak ada....tension juga kan...
tapi takpa lah janji tak payah tumpang rumah orang ....

Tuesday, March 1, 2011


GRAND REGENCY HOTEL DOHA


DOHA...here we come!!!!!

Dua malam berada di Grand Regency Hotel Doha...sempat juga kami ke City Centre Doha...Cuaca ketika ini amat selesa kalau nak berjalan-jalan..angin sejuk sentiasa membaluti tubuh kami...awalnya kami jalan kaki ja nak ke Lulu Supermarket dekat2 dengan hotel ni,tapi bila dah sampai rupanya tutup lagi time tu....lupa pulak kata kat belah UAE tengahari banyak tempat-tempat shoppingnya tutup.Dari situ kami cuba cari teksi nak ke city centre nya...Kat sini rupanya susah juga nak dapat teksi...alih-alih prebet sapu yang menegur kami maka naiklah kami 5 beranak ni kereta prebet sapu mamat india ni...10 min perjalanan naik kereta QR 20...emmm ok la tu....

DOHA.....betullah seperti gambaran aku...tempatnya ala-ala kat Abu Dhabi,Dubai...Tapi Abu Dhabi dan Dubai lagi hebat la bangunan-bangunannya..lagi moden aku rasa....